TINDAKAN seorang wanita meminta teman lelakinya membelikan air kopi sebelum pulang ke rumah bertukar insiden tidak diduga apabila minuman tersebut tertumpah ketika dalam perjalanan.Akibat kejadian itu, seluar dan bahagian bakul motosikal baharu lelaki berkenaan kotor terkena air kopi. Namun reaksi lelaki tersebut membuatkan wanita terbabit tertanya-tanya sama ada kejadian itu adalah kesalahannya kerana dia meminta teman lelakinya membelikan air kopi itu."Masa dia hantar air itu dekat saya, dia macam tak bercakap. Dia bagi air itu dan pergi macam itu je.Komunikasi dalam hubungan penting untuk menjaga keharmonian. -Gambar hiasan AI"Saya mesej dia tanya berapa harga air itu, saya nak bayar. Sumpah dry gila cara dia jawab mesej itu."Saya tertanya, ada buat salah ke sampai macam itu sekali dia marah. Rupanya dia marah sebab air itu tertumpah dekat motosikal baru dia," ceritanya di Threads.Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi pengguna Threads yang rata-ratanya memberikan pandangan berbeza mengenai situasi berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: Laki, bini gaduh di taman tema... Wanita bengang dirinya, suami kena 'tempias' - "Pernah tengok perempuan kena pijak?"ARTIKEL BERKAITAN: Wanita penat asyik kena ‘merangkak’ cari tunang lepas gaduh... Bakal suami makin buat perangai, selamba ‘off location’ masa PJJAda berpendapat wanita itu tidak sepatutnya dipersalahkan atas kejadian yang tidak disengajakan, selain menyifatkan komunikasi sebagai perkara penting dalam sesebuah hubungan."Jadi... salah awak ke punca air kopi tu tertumpah? Kalau dia letak air dalam keadaan baik, tak menunggang motosikal dengan laju mesti air tu tak akan tumpah."Saya nak pesan dekat awak satu perkara, lelaki macam dia ini tak akan bercakap dengan awak setiap kali ada masalah. Dia akan buat silent treatment.Air kopi tertumpah hingga terkena seluar dan bakul motosikal baharu.Teman lelaki tiba-tiba dingin selepas menghantar minuman yang tertumpah.Wanita sangka si dia marah kerana air kopi terkena motosikal.Gurauan 'sorry cinta' selepas terima gambar air tumpah buat teman lelaki berkecil hati.Netizen nasihat pasangan supaya tidak menggunakan 'silent treatment' setiap kali berdepan masalah.Ringkasan ini dijana oleh AI"Lebih baik awak cari lelaki lain. Lama-lama nanti awak mesti akan makan hati sebab bersungguh-sungguh sorang diri je," komen netizen berkenaan.Bagaimanapun, wanita itu menjelaskan punca teman lelakinya marah adalah kerana responsnya yang bergurau selepas menerima gambar minuman tertumpah itu."Teman lelaki beritahu yang dia marah sebab saya gelakkan dia lepas hantar gambar air yang tumpah tu. Saya mesej macam ni sorry cinta. "Jadi disebabkan mesej tu la dia marahkan saya. Memang salah saya dan saya sedar tentangnya," jelasnya membalas komen netizen.